Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Isnin, 22 September 2008

MEMBUAT DUIT DENGAN MENJUAL PHOTO ATAU GRAFIK SECARA ONLINE

Jika anda mempunyai minat untuk mengambil gambar tidak kira apa juga gambar, anda bolehlah mendaftar dengan Shutterstock.com.


Dalam Shutterstock.com terdapat 3 pilihan untuk mendapatkan bayaran.


Pilihan

Bayaran

Link / Sambungan

Refer photographer

$0.03 per download

Submit Photos to Shutterstock and make $$$!

Refer photo buyers

20 % daripada yuran keahlian yang dibeli oleh mereka

Download unlimited stock photos!

Refer footage (clip) submitters

10 % refferal commision jika clip referral anda dijual

Submit Footage Clips to Shutterstock and make $$$!


Syarat yang ketat harus dipatuhi dalam laman web ini iaitu, gambar yang diambil mestilah hasil idea sendiri maksudnya asli dari tangan anda dan bukan yang diambil daripada orang lain. Gambar yang mudah untuk diuruskan adalah gambar benda bukan hidup seperti gambar buah-buahan, makanan, serangga, bunga dan kejadian alam yang tidak melibatkan penglibatan orang perseorangan kecuali diri sendiri.

Sekiranya terdapat orang, logo, nama kedai atau apa-apa hasil kerja orang lain (patung, lukisan, landskap) yang terlibat dalam gambar anda, anda dimestikan untuk mendapatkan tandatangan perlepasan untuk sebarang royalti menggunakan borang yang ada disediakan dalam laman web ini.



SATU lagi yang penting ialah anda akan diminta untuk menghantar salinan pasport anda (hanya pasport sahaja yang diterima) untuk tujuan keselamatan gambar. Sekiranya bahagian ini tidak dilengkapkan, anda masih belum boleh menghantar gambar atau footage (clip video) tetapi sudah boleh menikmati bayaran untuk setiap referral.



Ini adalah gambaran secara ringkas tentang laman web ini. Anda boleh lah mendaftar dengan mengklik banner dibawah dan syarat-syarat boleh dibaca dibahagian SUBMITTER GUIDELINES.


Ahad, 21 September 2008

PROMOSI DAN TERUS PROMOSI

Promosi referral link anda supaya terus diklik. Jangan berhenti.. Teruskan mempromosi kerana inilah langkah terpenting dalam mencari pendapatan di internet. Saya sehingga sekarang ini pun terus mempromosi referral link supaya lebih banyak orang akan terus mendapat ilmu dan terus membantu kita untuk maju.


Tidak perlu risau tentang apa yang orang dapat dari kita kerana jika itu yang bermain dikepala anda, satu benda pun tidak akan menjadi. Jadi teruskan mempromosi refferal link anda.


Seperti yang telah saya cadangkan sebelum ini, mempromosi di laman web bukanlah pilihan utama kerana ada tempat lain yang boleh anda mempromosi. Antaranya ialah forum atau kelab. Ini adalah tempat yang paling aktif dan anda juga boleh menyertai perbincangan dengan membincangkan topic forum dengan menyelitkan referral link anda.


Semoga berjaya dan teruskan usaha anda. Jumpa lagi.

PROGRAM AFFILIATE (Maklumat lain yang perlu diketahui)

Dalam artikel yang lepas, saya tidak menjelaskan sepenuhnya apa itu Program Affiliate. Program affiliate dalam bahasa yang lebih mudah adalah kita mendapat bayaran apabila kita berjaya untuk menarik orang lain membeli barangan produk yang disediakan oleh syarikat tersebut. Contohnya ialah syarikat Pahaikans menjual kad reload dan mereka perlu untuk membuat jualan produk. Jadi program seperti ini diwujudkan untuk membantu menaikkan peratus jualan syarikat. Biasanya mereka akan membayar sekitar 10% kepada kita jika orang yang kita hantar ke laman web mereka membeli produk mereka.


Cuma konsepnya agak berat sebelah dimana syarikat akan mendapat 90% jualan berbanding anda yang hanya mendapat 10%. Tetapi anda tidak perlu risau kerana anda tidak perlu menyediakan produk dan anda tidak perlu menguruskan proses penghantaran produk. Yang anda perlu buat ialah mempromosikan produk sahaja.


Dalam artikel yang lepas juga, saya tidak menjelaskan sepenuhnya tentang referral link. Referral link ialah satu link/pautan yang dapat menunjukkan bahawa anda yang membawa seseorang itu masuk ke laman web mereka. Referral link biasanya akan diwujudkan setelah anda mendaftar kedalam program syarikat. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul kerana pembayaran cek akan dilakukan mengikut maklumat yang anda masukkan. Setelah lengkap proses pendaftaran, referral link akan dihantar terus ke e-mail anda atau didapati daripada laman web syarikat.


Menghantar referral link kepada kawan atau kenalan sebenarnya tidak mencukupi untuk mendapat bayaran yang tinggi. Terdapat beberapa pilihan strategi yang boleh digunakan untuk tujuan ini.


  • Laman web – Anda boleh membuka laman web anda, samaada yang percuma atau yang berbayar. Yang penting laman web anda mesti mempunyai konsep yang berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan. Contohnya laman web berkaitan sukan tidak sesuai untuk menceritakan tentang cara mencari wang diinternet. Idea yang bernas pasti dapat menarik perhatian para pelawat laman web anda. [Laman web percuma ada ditawarkan di www.freewebs.com – sama seperti laman web yang saya gunakan sekarang ini]
  • PPC (Pay Per Click) – Program ini memerlukan anda untuk mengeluarkan sedikit wang bagi tujuan iklan. Banyak syarikat yang menawarkan program ini contohnya Google Adwords. Anda boleh membida berapa sen yang kita sanggup bayar untuk setiap klik ke laman web kita. Mengikut pengalaman saya, Google Adwords menawarkan harga serendah RM60.00 iaitu RM2.00 sehari dan mampu menarik pelawat / pelanggan kedalam laman web kita.
  • E-book – E-book biasanya adalah dalam format pdf. Anda boleh menaip dalam microsoft word dan menukarkannya ke format pdf menggunakan software tertentu. Dalam e-book anda bolehlah dimuatkan tajuk e-book, maklumat-maklumat yang hendak disampaikan dan juga link kepada program affiliate anda. Untuk memudahkan penyebaran e-book, berikan secara percuma kepada pelawat laman web atau kenalan anda dalam mana-mana program kenalan seperti yahoo@groups, google@groups, forum, dan lain-lain program yang berkaitan dengan produk anda.
  • Iklan – Anda juga boleh memasang banner iklan anda dimana-mana laman web yang mempunyai pelawat yang ramai. Biasanya bayaran akan dikenakan tetapi ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan masuk kedalam laman web anda dan mula mengklik link yang anda sediakan.
  • Menulis blog – Menulis blog adalah satu trend masakini yang nampaknya semakin diminati ramai. Sekiranya anda ada topic yang hendak dibincangkan dan berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan, anda bolehlah membuka laman web blog anda dan memasukkan referral link anda di sana. Anda boleh mendaftar di WordPress.com or Blogger.com yang menyediakan perkhidmatan blog yang percuma.


Antara Penyedia Program Affiliate yang Popular

My Affiliate Program http://www.myaffiliateprogram.com

Commission Junction http://www.cj.com


Antara direktori yang boleh anda sertai

http://www.affiliateguide.com/

http://www.becomeanaffiliate.com/

http://www.internet-affiliate-programs.com/

http://www.affiliate-programs-directory.com/

http://www.affiliatematch.com/

http://www.sponsordirectory.com/

[Sekiranya saya ada strategi lain yang berkesan, saya akan masukkan dan dikemaskinikan kemudian].

MEMBUAT DUIT DENGAN MENULIS

Menulis cerita, pengalaman atau pebincangan tentang sesuatu yang anda minat sebenarnya tidak susah kerana anda sememangnya mempunyai idea untuk melakukannya. Anda tidak perlu menjadi seorang ahli bahasa untuk menulis kerana komputer boleh membetulkan ejaan anda. Yang penting anda mempunyai keyakinan yang anda boleh melakukannya.


Pada permulaannya, mungkin akan ada sedikit kesukaran bila mencari idea utama untuk memulakan penulisan anda. Anda tidak perlu risau kerana terlalu banyak topic yang boleh ditulis dan yang penting apabila orang lain melihat artikel anda, mereka boleh memberikan komen atau pun idea lain. Dalam erti kata lain ianya boleh menarik minat orang. Setelah itu, pasti semuanya akan berjalan lancar.


Terdapat beberapa laman web yang anda boleh hantarkan artikel anda dan kalau boleh luangkan masa untuk menulis sekurang-kurangnya satu atau dua artikel dalam sehari. Penulisan anda tidak perlu terlalu hebat sehingga orang yang biasa tidak dapat memahaminya.. Cukup sekadar perkataan yang mudah difahami dan lebih hebat jika mereka dapat merasai perasaan atau menghayati cerita atau perbincangan yang hendak kita ketengahkan.


Artikel dalam bahasa Inggeris boleh dihantar ke EzineArticles.com, ArticleCity.com atau ArticleDashboard.com. Artikel bahasa Melayu juga boleh dihantar ke sini.


Selain dari itu anda boleh menyertai MyLot.com yang kebanyakannya menghantar pendapat, pengalaman atau cerita yang boleh dikongsi bersama dan dibincang. Pendapatan masuk apabila tajuk anda mendapat perhatian ramai. Setiap komen atau respond yang diberikan terhadap tajuk anda akan memberikan anda sebanyak USD0.01 dan setiap komen yang anda berikan kepada orang lain juga dibayar kadar yang sama. Komen biasanya akan terus masuk dan pastikan anda mampunyai masa untuk membalas respond mereka. MyLot.com juga menyediakan program affiliatenya. Anda boleh mendapat sekitar USD50 sebulan dengan menghantar 3 – 4 topik sehari dengan purata 20 responden untuk setiap topik. Masa yang dicadangkan untuk program ini ialah 1 hingga 2 jam sehari sahaja.




MEMBUAT DUIT DENGAN MEMBACA IKLAN

Membaca iklan adalah kerja yang biasa kita lakukan di mana saja kita berada sekiranya kita berada dikawasan bandar. Papan iklan, banner dan risalah adalah cara pengiklanan yang biasa dilakukan. Tujuannya satu iaitu untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tertentu.


Kita akan samaada terpengaruh atau tidak, terpulang kepada cara mereka mempromosikan barangan mereka itu. Bezanya kita tidak mendapat apa-apa bayaran, mungkin sedikit pengetahuan tentang barangan terbaru dipasaran.


Di internet, paid to read ads atau PTR ialah salah satu lagi cara untuk mendapatkan bayaran. Bayarannya agak sedikit tetapi tugasnya agak mudah iaitu mengklik laman web yang diiklankan untuk sekitar 15 – 60 saat bagi setiap website. Untuk iklan selama 15 - 30 saat, bayaran yang diberikan adalah sekitar USD 0.01 – 0.02 sahaja manakala iklan selama 60 saat ialah sekitar USD 0.03 – 0.05. Dalam masa sejam kita akan mampu mengumpul sebanyak USD 3.00 atau lebih kuran RM10.


Jika kita meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk membaca iklan sahaja, kita boleh mengumpul lebih kurang RM30 atau lebih. Dalam masa sebulan kita boleh mendapat sekitar RM900 ringgit. (Pengiraan ini hanya untuk 3 jam sehari)


Antara laman web yang menawarkan program ini dengan mendaftar percuma ialah Moneymails.biz dan Clix sense.com.



Di Clix Sense.com, anda mungkin bernasib baik untuk mendapat USD5 dalam satu klik kerana mereka menyediakan suatu gambar yang mempunyai link/pautan tertentu yang membolehkan anda mengklik laman web yang menawarkan USD5 tersebut. Peserta program yang mendaftar secara percuma hanya mendapat 20 klik manakala peserta Premium Membership mendapat 50 klik. Kemudahan / Keistimewaan lain untuk peserta Premium Membership ada dijelaskan dalam laman web ini.


Anda boleh mencuba dulu program ini dan lihat samaada ia sesuai kerana membaca iklan bukanlah suatu aktiviti yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi 3 jam sehari. Tapi ini cuma komen saya, mana tau anda sesuai dengan program sebegini.


INGAT! MASA ITU EMAS.


Program PTR ini juga menyediakan program affiliate mereka untuk sesiapa yang berminat untuk mempromosikan laman web mereka. Di moneymails.biz, mereka menawarkan hadiah kepada mana-mana referrer yang berjaya membawa peserta masuk dan mendaftar secara percuma kedalam program mereka. Untuk program affiliate ini sila rujuk artikel saya yang bertajuk PROGRAM AFFILIATES.

MEMBUAT DUIT DENGAN MENJAWAB SOAL SELIDIK BERBAYAR (PAID ONLINE SURVEY)

Menjawab soal selidik (survey) dan dibayar adalah salah satu lagi cara untuk mendapatkan duit di internet. Terdapat banyak laman web yang menawarkan aktiviti ini tetapi sila pastikan bahawa laman web yang anda pilih menawarkan bayaran yang tinggi. Ini adalah kerana untuk menjawab satu soal selidik, ianya boleh mengambil masa yang lama iaitu sekitar 15 hingga 30 minit untuk disiapkan.


Ingat MASA ITU EMAS.


Antara laman web yang boleh disertai untuk tujuan ini ialah AW Surveys.com dan GlobalTestMarket.com. Dua laman web ini mempunyai beberapa perbezaan. Antaranya ialah AW Surveys.com memberikan nilai wang untuk setiap survey yang anda jawab tetapi GlobalTestMarket.com pula memberikan marketpoint.


Di AW Surveys.com anda akan terus mendapat USD28 dan hanya boleh dituntut apabila mencapai USD75 manakala di GlobalTestMarket.com pula marketpoint hanya boleh dituntut apabila mencapai 1000 marketpoint bersamaan dengan USD50.


Anda akan dihantar satu soal selidik setiap hari yang bernilai antara 5-50 marketpoints. AW Survey pula jarang menghantar survey tetapi dengan medaftarkan orang melalui link anda anda boleh mendapat USD1.25 untuk setiap orang yang mendaftar dibawah anda. Yang pasti dalam sebulan anda boleh mendapat paling kurang USD125 (Lebih kurang RM400) dari dua laman web ini.


Jika anda mahu mendapat lebih banyak pendapatan, anda boleh mengakses laman web yang lain hanya dengan menaip Paid Online Surveys di Pahaikan.webs.com homepage dan search.


Bagi peserta yang baru ingin memulakan langkah mencari pendapatan di internet, saya amat mencadangkan program menjawab soalselidik ini kerana ianya agak mudah difahami dan bayarannya agak lumayan (tiada kos terlibat kecuali talian internet).


Tetapi anda harus ingat bahawa cara pembayaran adalah penting. Jadi, sila pastikan bahawa ia membayar secara cek dan Malaysia termasuk didalam senarai negara yang boleh didaftar.


MEMBUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATES

Kebanyakan program seperti ini sebenarnya adalah percuma tetapi beberapa laman web mengenakan bayaran kerana mereka ingin mendapatkan keuntungan maksimum daripada traffic atau pelanggan yang kita bawa kepada mereka.


Tugasnya mudah, iaitu menghantar referral link yang diberikan kepada kita kepada sesiapapun pengguna laman web yang kita tahu. Jika kenalan kita terlalu sedikit kita boleh menyertai kumpulan-kumpulan perbincangan dalam googlegroups, friendster, myyearbook.com dan lain-lain lagi dengan tujuan untuk menyebarkan referral link yang diberikan. Selain dari itu, kita juga boleh menge-mail terus kepada semua orang dalam address book kita.


Bayarannya akan diberikan apabila kita mencapai jumlah tertentu dan biasanya minimum bayaran keluar adalah USD50.


Jadi lebih banyak orang yang mengklik referral link anda, lebih banyak bayaran yang akan masuk.


Sekiranya anda dapat meluangkan masa sekitar 1 jam sehari didepan computer untuk tujuan ini, tidak mustahil anda boleh mendapat sekitar USD100 hingga USD500 sebulan.


Nanti dulu. Sabar.


Untuk memilih program affiliates yang sesuai sila rujuk latarbelakang syarikat atau laman web yang anda cuba untuk promosikan. Ini adalah kerana terdapat laman web yang hanya memberikan bayaran apabila anda membayar yuran permulaan dan juga hanya apabila anda telah mendapat referral yang telah mendaftar melalui anda. Untuk jenis laman web ini, anda kena banyak bersabar kerana tidak semua orang akan mengeluarkan duit bagi sesuatu yang belum pasti.


Oleh itu saya mencadangkan program affiliate SFI Marketing dibawah program EyeEarn.com atau IAHBE.com. Untuk pengetahuan pembaca pada masa saya menulis artikel ini, saya telah pun mempunyai sebanyak 19254 downline dalam powerline yang telah disediakan. Ini autodownline dan kita mendapat bayaran dari setiap autodownline kita yang menyertai program ini.


Untuk mengakses program ini sila klik Pahaikans Link dan lihat program EyeEarn.com atau IAHBE.com program. Untuk mencari program yang lain silalah taip money making tips di Pahaikan.webs.com homepage dan cari.


EyeEarn.com
IAHBE.org

SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DARI INTERNET

Di dalam Internet, banyak pilihan untuk membuat duit. Tanya diri sendiri: Mahu yang banyak atau yang sederhana atau yang sedikit.


Mengikut pengalaman saya selama berkecimpung dalam perniagaan/pekerjaan dalam internet, terdapat program yang sememangnya akan menghasilkan wang. Ini didorong oleh pelanggan-pelanggan Internet yang pelbagai dan mereka menggemari perkara yang berbeza.


Terdapat banyak jenis program yang ditawarkan iaitu program menjawab survey, online games berbayar, program affiliates, menulis artikel, menjual photo / hasil kerja seni dan juga program MLM. Ada program yang memerlukan kita untuk membayar sejumlah wang sebelum bermula dan ada juga program yang tidak mengenakan sebarang bayaran.


Di sini saya mengutamakan program yang memberikan pulangan tanpa mengenakan sebarang bayaran (Program yang boleh disertai secara percuma.. Ingat PERCUMA). Setakat ini, mengikut bayaran yang telah diterima, saya boleh meletakan program affiliate sebagai program yang memberikan bayaran paling tinggi diikuti oleh program menjawab servay dan online games berbayar.


Saya akan berkongsi kepada para pembaca semua satu persatu program yang saya sedang ikuti dan bagaimana mereka membayar kepada kita apabila kita mencapai suatu nilai tertentu.

BEKERJA DARI RUMAH SUATU YANG MENGUNTUNGKAN

Tempat yang paling selesa untuk membuat duit adalah dari rumah. Kita sendiri yang menjadi bos atau taukeh. Masa kerja pun kita yang tentukan. Maksudnya kerja ikut suka. Tetapi masalahnya untuk mendapat keuntungan yang besar, kita mesti mempunyai modal yang besar.


Dulu ini mungkin menjadi satu gangguan untuk memulakan sesuatu perniagaan atau pekerjaan. Sekarang, ini bukanlah masalah yang besar kerana ada alternatif lain untuk memulakan perniagaan atau pekerjaan dari rumah dan sememangnya menguntungkan dan yang paling penting ianya memerlukan kos yang sangat rendah.


Jawapannya: INTERNET.