Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Memaparkan catatan dengan label program affiliate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program affiliate. Papar semua catatan

Selasa, 7 Oktober 2008

FOKUS 1(b): Pemberian Upah/Komisen Dalam EyeEarn.com

Terdapat dua komponen dalam pelan upah EyeEarn.com:


1. Ahli yang aktif* secara automatik akan menerima “1 share” daripada jumlah MaxMalls Sales Pool. MaxMalls Sales Pool ialah sebanyak 80% daripada jumlah keuntungan SFI yang diterima daripada jualan di MaxMalls.com. 10% akan digunakan oleh SFI untuk pengurusan dan 10% akan didermakan kepada Save The Children. Jadi lebih banyak jualan MaxMalls.com lebih banyak nilai “1 share” tersebut.

2. Ahli yang aktif* juga akan menerima “1 share” lagi apabila ada orang yang menyertai pelan EyeEarn.com dibawah anda. Anda akan direkod sebagai sponsor dan dan layak untuk menerima semua kelebihan dan komisen sebagai sponsor. Ini termasuklah Executive Match Commissions dan unlimited Team Match Commissions (Lihat Network Builder Program compensation plan untuk maklumat lanjut).


* Pengaktifan boleh dilakukan dalam ruangan focus EyeEarn.com. Borang pengaktifan akan diberikan dalam 5 hari terakhir setiap bulan.


Untuk setiap affiliate EyeEarn yang disponsor oleh anda, anda layak untuk menerima:
- Merchant Services Override Commissions
- TuneFlow Override Commissions
- NiceOffers Merchant Override Commissions
- NiceOffers Fundraisers Override Commissions


Anda boleh meningkatkan pendapatan EyeEarn anda dengan menambahkan “share” anda melalui beberapa cara berikut:


  • Menjadi Executive Affiliates (EA) secara automatik menerima satu tambahan “share”. (Jumlah 2 “share”).
  • Executive Affiliates dengan minimum 10 SVP Standing Order secara automatic menerima satu lagi “share” (Jumlah 3 “share”).
  • Upgrade kepada Bronze Team Leaders* (BTL) secara automatic menerima 2 “share” lagi.(Jumlah 5 “Share”).
  • “Share” tambahan boleh diperolehi melalui pembelian barangan berdasarkan kepada SVP anda. Iaitu untuk setiap 10 SVP selain 10 SVP yang melayakkan anda sebagai EA, anda akan menerima 1 “share” percuma. Contohnya: Dengan membeli atau menjual 30 SVP mana-mana produk SFI anda akan ada lebih 20 SVP maka anda layak menerima 2 “share” tambahan lagi.
  • Loyalty Bonus Shares – Untuk 12 bulan berturutan (setahun) anda menjadi EA atau ke atas, anda akan layak menerima 1 “share” percuma. EA selama 12 bulan = 1 “share”, 24 bulan = 2 “share” dan seterusnya dimana pada 60 bulan anda akan mendapat 5 “share” (maximum).



Komisen dari Powerline?


Untuk setiap pembelian oleh powerline dibawah anda, 45% dari pada jumlah keseluruhan komisen CV (tidak termasuk retail sales commission diterima oleh penjual) is put into Executive Bonus Pool. Jika anda seorang EA, bahagian anda adalah jumlah CV bahagi dengan bilangan EA dibawah anda dalam Powerline. Biasanya dalam bulan pertama anda hanya akan mendapat diatas USD 9. Tetapi apabila Powerline anda semakin membesar, akan ada lebih banyak jualan setiap bulan, jumlah ini akan bertambah. Dalam perkataan lain, semakin besar SFI, semakin banyak komisen yang akan anda dapat.



Bila masa pembayarannya?


Komisen akan diproses pada 10hb setiap bulan atau labih awal sekiranya 10hb jatuh pada hari cuti atau hujung minggu).


SFI Cash Cards akan dikreditkan secara automatic dalam masa beberapa jam selepas komisen diproses. Cek pula akan dihantar pada 15hb setiap bulan. Jika anda menggunakan Pay Pal, komisen akan dimasukkan pada 15hb dan jumlah tersebut akan dapat dilihat dalam masa tiga hari bekerja daripada tarikh pembayaran komisen. Jika 15hb jatuh pada hujung minggu atau hari cuti, pemindahan komisen akan dilakukan pada hari bekerja seterusnya..



Laporan komisen boleh dirujuk di:

https://www.sfimg.com/MyAccount/CommissionsIndex.sfi.




Isnin, 6 Oktober 2008

FOCUS 1(a): EyeEarn.com (Kategori: Affiliate)


Program affiliate ini menggunakan konsep yang agak mudah diterima dan mudah dijalankan. Saya baru sahaja menyertai program ini pada bulan lalu dan pada masa ini saya mempunyai seramai 40000++ downline dalam Powerline.

Semestinya ada sedikit komisen daripada downline ini. Tapi berapa? Sehingga kini saya masih belum menerima sebarang komisen dan saya masih menunggu.

Saya akan memberikan anda perkembangan terbaru mengenai program ini.

Antara yang telah saya lakukan dalam tempoh sebulan ini ialah mendaftar secara percuma kemudian upgrad kepada Executive Affiliate dalam masa seminggu setelah berfikir panjang. Apa yang membuatkan saya tertarik adalah pelannya yang agak mudah dan mudah diterima oleh akal.

Saya telah pun membuka akaun Pay Pal untuk memudahkan urusan transaksi kewangan dalam USD di internet.

Sekiranya anda berminat untuk program ini, sila baca bahagian kedua.. FOKUS 1(b).

Ahad, 21 September 2008

PROGRAM AFFILIATE (Maklumat lain yang perlu diketahui)

Dalam artikel yang lepas, saya tidak menjelaskan sepenuhnya apa itu Program Affiliate. Program affiliate dalam bahasa yang lebih mudah adalah kita mendapat bayaran apabila kita berjaya untuk menarik orang lain membeli barangan produk yang disediakan oleh syarikat tersebut. Contohnya ialah syarikat Pahaikans menjual kad reload dan mereka perlu untuk membuat jualan produk. Jadi program seperti ini diwujudkan untuk membantu menaikkan peratus jualan syarikat. Biasanya mereka akan membayar sekitar 10% kepada kita jika orang yang kita hantar ke laman web mereka membeli produk mereka.


Cuma konsepnya agak berat sebelah dimana syarikat akan mendapat 90% jualan berbanding anda yang hanya mendapat 10%. Tetapi anda tidak perlu risau kerana anda tidak perlu menyediakan produk dan anda tidak perlu menguruskan proses penghantaran produk. Yang anda perlu buat ialah mempromosikan produk sahaja.


Dalam artikel yang lepas juga, saya tidak menjelaskan sepenuhnya tentang referral link. Referral link ialah satu link/pautan yang dapat menunjukkan bahawa anda yang membawa seseorang itu masuk ke laman web mereka. Referral link biasanya akan diwujudkan setelah anda mendaftar kedalam program syarikat. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul kerana pembayaran cek akan dilakukan mengikut maklumat yang anda masukkan. Setelah lengkap proses pendaftaran, referral link akan dihantar terus ke e-mail anda atau didapati daripada laman web syarikat.


Menghantar referral link kepada kawan atau kenalan sebenarnya tidak mencukupi untuk mendapat bayaran yang tinggi. Terdapat beberapa pilihan strategi yang boleh digunakan untuk tujuan ini.


  • Laman web – Anda boleh membuka laman web anda, samaada yang percuma atau yang berbayar. Yang penting laman web anda mesti mempunyai konsep yang berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan. Contohnya laman web berkaitan sukan tidak sesuai untuk menceritakan tentang cara mencari wang diinternet. Idea yang bernas pasti dapat menarik perhatian para pelawat laman web anda. [Laman web percuma ada ditawarkan di www.freewebs.com – sama seperti laman web yang saya gunakan sekarang ini]
  • PPC (Pay Per Click) – Program ini memerlukan anda untuk mengeluarkan sedikit wang bagi tujuan iklan. Banyak syarikat yang menawarkan program ini contohnya Google Adwords. Anda boleh membida berapa sen yang kita sanggup bayar untuk setiap klik ke laman web kita. Mengikut pengalaman saya, Google Adwords menawarkan harga serendah RM60.00 iaitu RM2.00 sehari dan mampu menarik pelawat / pelanggan kedalam laman web kita.
  • E-book – E-book biasanya adalah dalam format pdf. Anda boleh menaip dalam microsoft word dan menukarkannya ke format pdf menggunakan software tertentu. Dalam e-book anda bolehlah dimuatkan tajuk e-book, maklumat-maklumat yang hendak disampaikan dan juga link kepada program affiliate anda. Untuk memudahkan penyebaran e-book, berikan secara percuma kepada pelawat laman web atau kenalan anda dalam mana-mana program kenalan seperti yahoo@groups, google@groups, forum, dan lain-lain program yang berkaitan dengan produk anda.
  • Iklan – Anda juga boleh memasang banner iklan anda dimana-mana laman web yang mempunyai pelawat yang ramai. Biasanya bayaran akan dikenakan tetapi ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan masuk kedalam laman web anda dan mula mengklik link yang anda sediakan.
  • Menulis blog – Menulis blog adalah satu trend masakini yang nampaknya semakin diminati ramai. Sekiranya anda ada topic yang hendak dibincangkan dan berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan, anda bolehlah membuka laman web blog anda dan memasukkan referral link anda di sana. Anda boleh mendaftar di WordPress.com or Blogger.com yang menyediakan perkhidmatan blog yang percuma.


Antara Penyedia Program Affiliate yang Popular

My Affiliate Program http://www.myaffiliateprogram.com

Commission Junction http://www.cj.com


Antara direktori yang boleh anda sertai

http://www.affiliateguide.com/

http://www.becomeanaffiliate.com/

http://www.internet-affiliate-programs.com/

http://www.affiliate-programs-directory.com/

http://www.affiliatematch.com/

http://www.sponsordirectory.com/

[Sekiranya saya ada strategi lain yang berkesan, saya akan masukkan dan dikemaskinikan kemudian].

MEMBUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATES

Kebanyakan program seperti ini sebenarnya adalah percuma tetapi beberapa laman web mengenakan bayaran kerana mereka ingin mendapatkan keuntungan maksimum daripada traffic atau pelanggan yang kita bawa kepada mereka.


Tugasnya mudah, iaitu menghantar referral link yang diberikan kepada kita kepada sesiapapun pengguna laman web yang kita tahu. Jika kenalan kita terlalu sedikit kita boleh menyertai kumpulan-kumpulan perbincangan dalam googlegroups, friendster, myyearbook.com dan lain-lain lagi dengan tujuan untuk menyebarkan referral link yang diberikan. Selain dari itu, kita juga boleh menge-mail terus kepada semua orang dalam address book kita.


Bayarannya akan diberikan apabila kita mencapai jumlah tertentu dan biasanya minimum bayaran keluar adalah USD50.


Jadi lebih banyak orang yang mengklik referral link anda, lebih banyak bayaran yang akan masuk.


Sekiranya anda dapat meluangkan masa sekitar 1 jam sehari didepan computer untuk tujuan ini, tidak mustahil anda boleh mendapat sekitar USD100 hingga USD500 sebulan.


Nanti dulu. Sabar.


Untuk memilih program affiliates yang sesuai sila rujuk latarbelakang syarikat atau laman web yang anda cuba untuk promosikan. Ini adalah kerana terdapat laman web yang hanya memberikan bayaran apabila anda membayar yuran permulaan dan juga hanya apabila anda telah mendapat referral yang telah mendaftar melalui anda. Untuk jenis laman web ini, anda kena banyak bersabar kerana tidak semua orang akan mengeluarkan duit bagi sesuatu yang belum pasti.


Oleh itu saya mencadangkan program affiliate SFI Marketing dibawah program EyeEarn.com atau IAHBE.com. Untuk pengetahuan pembaca pada masa saya menulis artikel ini, saya telah pun mempunyai sebanyak 19254 downline dalam powerline yang telah disediakan. Ini autodownline dan kita mendapat bayaran dari setiap autodownline kita yang menyertai program ini.


Untuk mengakses program ini sila klik Pahaikans Link dan lihat program EyeEarn.com atau IAHBE.com program. Untuk mencari program yang lain silalah taip money making tips di Pahaikan.webs.com homepage dan cari.


EyeEarn.com
IAHBE.org