Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Ahad, 21 September 2008

PROGRAM AFFILIATE (Maklumat lain yang perlu diketahui)

Dalam artikel yang lepas, saya tidak menjelaskan sepenuhnya apa itu Program Affiliate. Program affiliate dalam bahasa yang lebih mudah adalah kita mendapat bayaran apabila kita berjaya untuk menarik orang lain membeli barangan produk yang disediakan oleh syarikat tersebut. Contohnya ialah syarikat Pahaikans menjual kad reload dan mereka perlu untuk membuat jualan produk. Jadi program seperti ini diwujudkan untuk membantu menaikkan peratus jualan syarikat. Biasanya mereka akan membayar sekitar 10% kepada kita jika orang yang kita hantar ke laman web mereka membeli produk mereka.


Cuma konsepnya agak berat sebelah dimana syarikat akan mendapat 90% jualan berbanding anda yang hanya mendapat 10%. Tetapi anda tidak perlu risau kerana anda tidak perlu menyediakan produk dan anda tidak perlu menguruskan proses penghantaran produk. Yang anda perlu buat ialah mempromosikan produk sahaja.


Dalam artikel yang lepas juga, saya tidak menjelaskan sepenuhnya tentang referral link. Referral link ialah satu link/pautan yang dapat menunjukkan bahawa anda yang membawa seseorang itu masuk ke laman web mereka. Referral link biasanya akan diwujudkan setelah anda mendaftar kedalam program syarikat. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul kerana pembayaran cek akan dilakukan mengikut maklumat yang anda masukkan. Setelah lengkap proses pendaftaran, referral link akan dihantar terus ke e-mail anda atau didapati daripada laman web syarikat.


Menghantar referral link kepada kawan atau kenalan sebenarnya tidak mencukupi untuk mendapat bayaran yang tinggi. Terdapat beberapa pilihan strategi yang boleh digunakan untuk tujuan ini.


  • Laman web – Anda boleh membuka laman web anda, samaada yang percuma atau yang berbayar. Yang penting laman web anda mesti mempunyai konsep yang berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan. Contohnya laman web berkaitan sukan tidak sesuai untuk menceritakan tentang cara mencari wang diinternet. Idea yang bernas pasti dapat menarik perhatian para pelawat laman web anda. [Laman web percuma ada ditawarkan di www.freewebs.com – sama seperti laman web yang saya gunakan sekarang ini]
  • PPC (Pay Per Click) – Program ini memerlukan anda untuk mengeluarkan sedikit wang bagi tujuan iklan. Banyak syarikat yang menawarkan program ini contohnya Google Adwords. Anda boleh membida berapa sen yang kita sanggup bayar untuk setiap klik ke laman web kita. Mengikut pengalaman saya, Google Adwords menawarkan harga serendah RM60.00 iaitu RM2.00 sehari dan mampu menarik pelawat / pelanggan kedalam laman web kita.
  • E-book – E-book biasanya adalah dalam format pdf. Anda boleh menaip dalam microsoft word dan menukarkannya ke format pdf menggunakan software tertentu. Dalam e-book anda bolehlah dimuatkan tajuk e-book, maklumat-maklumat yang hendak disampaikan dan juga link kepada program affiliate anda. Untuk memudahkan penyebaran e-book, berikan secara percuma kepada pelawat laman web atau kenalan anda dalam mana-mana program kenalan seperti yahoo@groups, google@groups, forum, dan lain-lain program yang berkaitan dengan produk anda.
  • Iklan – Anda juga boleh memasang banner iklan anda dimana-mana laman web yang mempunyai pelawat yang ramai. Biasanya bayaran akan dikenakan tetapi ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan masuk kedalam laman web anda dan mula mengklik link yang anda sediakan.
  • Menulis blog – Menulis blog adalah satu trend masakini yang nampaknya semakin diminati ramai. Sekiranya anda ada topic yang hendak dibincangkan dan berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan, anda bolehlah membuka laman web blog anda dan memasukkan referral link anda di sana. Anda boleh mendaftar di WordPress.com or Blogger.com yang menyediakan perkhidmatan blog yang percuma.


Antara Penyedia Program Affiliate yang Popular

My Affiliate Program http://www.myaffiliateprogram.com

Commission Junction http://www.cj.com


Antara direktori yang boleh anda sertai

http://www.affiliateguide.com/

http://www.becomeanaffiliate.com/

http://www.internet-affiliate-programs.com/

http://www.affiliate-programs-directory.com/

http://www.affiliatematch.com/

http://www.sponsordirectory.com/

[Sekiranya saya ada strategi lain yang berkesan, saya akan masukkan dan dikemaskinikan kemudian].

Tiada ulasan: