Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Ahad, 21 September 2008

MEMBUAT DUIT DENGAN MENULIS

Menulis cerita, pengalaman atau pebincangan tentang sesuatu yang anda minat sebenarnya tidak susah kerana anda sememangnya mempunyai idea untuk melakukannya. Anda tidak perlu menjadi seorang ahli bahasa untuk menulis kerana komputer boleh membetulkan ejaan anda. Yang penting anda mempunyai keyakinan yang anda boleh melakukannya.


Pada permulaannya, mungkin akan ada sedikit kesukaran bila mencari idea utama untuk memulakan penulisan anda. Anda tidak perlu risau kerana terlalu banyak topic yang boleh ditulis dan yang penting apabila orang lain melihat artikel anda, mereka boleh memberikan komen atau pun idea lain. Dalam erti kata lain ianya boleh menarik minat orang. Setelah itu, pasti semuanya akan berjalan lancar.


Terdapat beberapa laman web yang anda boleh hantarkan artikel anda dan kalau boleh luangkan masa untuk menulis sekurang-kurangnya satu atau dua artikel dalam sehari. Penulisan anda tidak perlu terlalu hebat sehingga orang yang biasa tidak dapat memahaminya.. Cukup sekadar perkataan yang mudah difahami dan lebih hebat jika mereka dapat merasai perasaan atau menghayati cerita atau perbincangan yang hendak kita ketengahkan.


Artikel dalam bahasa Inggeris boleh dihantar ke EzineArticles.com, ArticleCity.com atau ArticleDashboard.com. Artikel bahasa Melayu juga boleh dihantar ke sini.


Selain dari itu anda boleh menyertai MyLot.com yang kebanyakannya menghantar pendapat, pengalaman atau cerita yang boleh dikongsi bersama dan dibincang. Pendapatan masuk apabila tajuk anda mendapat perhatian ramai. Setiap komen atau respond yang diberikan terhadap tajuk anda akan memberikan anda sebanyak USD0.01 dan setiap komen yang anda berikan kepada orang lain juga dibayar kadar yang sama. Komen biasanya akan terus masuk dan pastikan anda mampunyai masa untuk membalas respond mereka. MyLot.com juga menyediakan program affiliatenya. Anda boleh mendapat sekitar USD50 sebulan dengan menghantar 3 – 4 topik sehari dengan purata 20 responden untuk setiap topik. Masa yang dicadangkan untuk program ini ialah 1 hingga 2 jam sehari sahaja.




Tiada ulasan: