Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Isnin, 6 Oktober 2008

FOKUS KEPADA PROGRAM YANG DIPILIH

Dalam artikel sebelum ini, saya lebih memberikan tip secara umum tanpa memfokuskan dengan lebih terperinci kepada program yang sedang dan telah saya ikuti.


Mencari pendapatan diinternet tidaklah terlalu mudah seperti yang biasa diwar-warkan oleh sesetengah pihak yang mempromosikan program mereka. Kita tahu bahawa tiada kerja yang boleh mendatangkan keuntungan yang banyak tanpa usaha yang gigih dan fokus terhadap sesuatu yang dilakukan.


INGAT:


  1. Jangan terlalu gopoh untuk mendapat keuntungan.

  2. Semua program yang percuma biasanya hanya akan membayar anda apabila mencapai suatu tahap secara bulanan.

  3. Apabila anda upgrade akaun anda, barulah boleh mendapat keistimewaan bayaran harian atau mingguan.

Pada mulanya, saya juga seperti anda semua - berasa bersemangat, yakin dan agak terburu-buru sehingga pengurusan masa terabai. Satu lagi.. anda akan mulai bosan dan semangat yang mulanya membara akan mulai padam.


[INGAT : Tiada program yang boleh memberikan wang yang banyak dalam sekelip mata kecuali program cepat kaya]


Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah fokus adalah sangat penting dan tidak perlu terlalu banyak program yang disertai semata-mata untuk mengejar komisen yang diberikan.

Tiada ulasan: