Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Isnin, 6 Oktober 2008

PEMILIHAN FOKUS ANDA

Kepada mereka yang bekerja makan gaji, anda biasanya akan bekerja 8 jam dalam sehari. Iaitu jumlahnya ialah 40 jam seminggu. Sekiranya anda mempunyai kerja sampingan yang lain yang memerlukan anda memberikan komitmen selama 6 jam misalnya.. anda telah memperuntukkan selama 46 jam seminggu untuk bekerja. Ini pekerjaan OFFLINE.

Sekiranya anda mahu memperuntukkan masa untuk bekerja diinternet, berapakah masa yang anda sanggup berikan?


  • 1 jam, 2 jam, 4 jam @ Full Time??

Berapakah pendapatan yang ingin anda dapat dalam seminggu atau sebulan?



  • USD 10, USD 20, USD 30 atau USD100.

Semua perkara ini harus kita pertimbangkan dengan baik supaya kita sentiasa fokus kepada matlamat yang ingin kita capai.


Untuk program PTC atau PTR, masa yang diperlukan biasanya dalam lingkungan 15 - 30 minit untuk setiap program dengan pendapatan sekitar USD 0.10 - USD 0.20 sehari.


Sekiranya anda memperuntukkan 1-2 jam sehari untuk program jenis PTC dan PTR, anda boleh menjana sebanyak Usd 0.20 - USD 0.80 sehari. Maksudnya dalam sebulan anda dapat USD 6 - USD 24. Jumlah ini boleh bertambah apabila anda mula mendapat referral. INGAT, tidak semua program PTC dan PTR akan membayar pada jumlah yang rendah. Ada yang membayar pada USD 50 yang memang agak lama untuk dicapai. Oleh itu pilihlah program PTC dan PTR yang membayar pada jumlah yang rendah iaitu sekitar USD 1 - USD 5.


Tapi anda harus ingat bahawa jangan memfokuskan kepada lebih daripada 4 program kerana sikap terburu-buru seperti ini akan mengakibatkan anda masa dan tenaga yang lebih banyak. Satu lagi anda mungkin akan kecewa dan menjadi pening - percayalah saya sudah mengalaminya.


Selain itu anda juga perlu ada sekurang-kurangnya satu program affiliate untuk dipromosikan. Ini adalah kerana program affiliate dapat memberikan pulangan yang lebih baik berbanding PTC dan PTR. Promosikan referral link anda dengan menggunakan beberapa cara yang sudah dijelaskan dalam artikel sebelum ini (promosi).


Tulis blog jika anda berminat dan anda juga boleh membuka laman web untuk mempromosikan referral link dan masukkan juga google adsense anda.


Tiada ulasan: