Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Isnin, 10 November 2008

PERNIAGAAN MUTIARA ASLI DARI SABAH

PERNIAGAAN MUTIARA ASLI DARI SABAH SECARA ONLINE



BERASASKAN APLIKASI MLM, TRADING & MAIL ORDER
100% AUTOPLACEMENT, TIDAK PERLU MENAJA ATAU MENCARI DOWNLINE
BELIAN ASAS HANYA RM 50.00


Anda Mampu Meraih Pendapatan Terkumpul Sehingga
RM392,646.00

MESTI KLIK!! JBL NETWORK MENYAJIKAN PLAN AUTO PLACEMENT SEPENUHNYA BERJUMLAH RM 121,371.00. ANDA PERLU MENJADI AHLI JBL DENGAN MODAL RM50, TANPA PERLU BUAT PENAJAAN, JBL YANG AKAN LAKUKAN SEMUANYA. TUGAS ANDA CUMA MEMBELI MUTIARA J
BL SEKALI SAHAJA, SUDAH LAYAK UNTUK MEMPEROLEHI PENDAPATAN 6 ANGKA KE ATAS. SUNGGUH MUDAH! TELUS! MURAH!. HANYA DARI JBL…CEPAT DAFTAR, INILAH PELUANG ANDA!...UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI :





Rabu, 22 Oktober 2008

Apa itu MW-PAY Plan? [Mwpay Sdn Bhd (766074-K)]



BONUS-BONUS YANG DITAWARKAN OLEH MWPAY

1. Bonus Mengesyor (Referral Bonus)
2. Bonus Perkembangan (Development Bonus)
3. Bonus Pasangan (Matching Bonus)
4. Bonus Galakan (MWPAY Incentive)
5. MWPAY Rebate – Bil, Tambah Nilai, M‐Membeli‐belah dan sebagainya. (MWPAY Rebate)


1. Bonus Mengesyor (Referral Bonus)

Anda akan mendapat bonus ini sekiranya anda mendaftar ahli baru. Anda boleh mendaftarkan seberapa ramai ahli baru untuk Level 1. Bonus ini diberi sehingga Level 5 iaitu :

LEVEL 1 = RM20
LEVEL 2 = RM1
LEVEL 3 = RM1
LEVEL 4 = RM1
LEVEL 5 = RM1


2. Bonus Perkembangan (Development Bonus)


3. Bonus Pasangan (Matching Bonus)

Jika anda mempunyai 2 ahli bawahan, anda boleh menikmati 10% Bonus Pasangan dari jumlah insentif MWPAY daripada organisasi Level 1 anda dan 5% pada Level 2 hingga Level 5.


4. Bonus Galakan (MWPAY Incentive)

Syarikat akan memberi BONUS GALAKAN RM0.50 setiap ahli aktif dalam rangkaian anda berdasarkan prestasi kumpulan (Pangkat 1 ke Pangkat 5 – Ahli Aktif) pada 1 Januari setiap tahun.


5. MWPAY Rebate – Bil, Tambah Nilai, M-Shopping dan sebagainya. (MWPAY Rebate)

Dapatkan rebat bagi setiap transaksi anda.




PRODUK DAN SERVIS


PERKHIDMATAN MOBILE E-RELOAD

Kemudahan reload telefon bimbit anda pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada disamping menikmati bonus dari MWPAY.

RM5, RM10, RM20, RM30, RM50, RM60, RM100

RM5, RM10, RM20, RM30, RM50, RM60, RM100

RM5, RM10, RM20, RM30, RM50, RM60, RM100


Reload lain yang ditawarkan

Italk - RM10, RM20, RM30 dan RM60
U-mobile - RM10 dan RM30
Onecom - RM10, RM30 dan RM50
Denor - RM10 dan RM25



PERKHIDMATAN PEMBAYARAN BIL

Paybill: Satelite TV (Astro)

Paybill: 019

Paybill: Indah Water Konsortium (INW)

Paybill: Lembaga Tabung Haji

Paybill: 012

Paybill: Monterez Golf Club (MGC)

Paybill: Nilai College

Paybill: Royal Selangor Golf Club (RSC)

Paybill: Sabah Electricity (SESB)

Paybill: Syabas

Paybill: Telekom Fixed or Leased Line

Paybill: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Paybill: The Sarawak Club (TSC)



Join Sekarang. Klik Di sini!!




Sabtu, 18 Oktober 2008

FOKUS 2(c): Cash Offers dan Cash Games dalam Inboxdollars.com

Cash Offers kebanyakannya meminta kita untuk membeli barang atau perkhidmatan. Dan untuk setiap belian, kita akan mendapat cash back lebih kurang 10% hingga 30% mengikut pakej yang kita pilih. Tetapi untuk peserta dari Malaysia atau Indonesia, saya tidak menggalakkan pilihan ini (kecuali jika ia percuma) kerana kita akan di kenakan bayaran pos atau bayaran pengaktifan untuk sebulan (biasanya).


Tetapi sekiranya anda memang memerlukan perkhidmatan atau barangan yang ditawarkan, anda boleh mendapatkannya dengan harga yang sama tetapi mendapat cash back. Kelebihan ini sebenarnya haya dapat dirasai sepenuhnya oleh mereka yang berada dalam US kerana kebanyakan tawaran tersebut biasanya memerlukan alamat dengan nombor telepon dalam US.


Walau bagaimanapun, kita boleh menggunakan cara lain seperti bermain game atau paid email. Konsep bermain game di sini ialah anda akan berlawan dengan orang lain melalui pertandingan yang diadakan. Biasanya untuk free member akan mendapat perlawanan yang memberi hadiah sekitar USD 0.50 hingga USD 3.00. Caranya.. Mendaftar dengan WORLDWinner dalam Inboxdollars.com dan teruskan permainan anda. Kemenangan akan dikreditkan dalam akaun anda dalam Inboxdollars.com.

Apa yang ditunggu lagi? Join sekarang...








FOKUS 2(b): Pendapatan Melalui Referrals dalam Inboxdollars.com

Pendapatan melalui referals adalah salah satu pilihan untuk mendapat pendapatan yang lebih banyak dalam Inboxdollars.com. Apabila kita mendaftar untuk program ini, kita akan mendapat USD 5.00 signup bonus. Mengikut Inboxdollars.com, kita tidak layak menerima apa-apa peratusan dari USD 5 ini. Sama juga dengan profile surveys dan membaca paid emails.


Kita hanya akan mendapat pendapatan melalui Completing offers, Taking surveys other than Profile Surveys, Playing games atau Shopping online. Berapa peratusnya.. 10 % dari pendapatan keseluruhan referrals.


Pendapatan yang kita dapat ini tidak akan ditolak daripada pendapatan referrals kita. Contohnya jika pendapatan referrals kita ialah USD 10, maka kita akan layak mendapat USD 1 yang akan terus dikreditkan ke akaun kita.


Jumaat, 17 Oktober 2008

FOKUS 2(a): Inboxdollars.com (kategori Paid E-mail)

Ini satu lagi fokus yang bagi saya agak baik untuk disertai. Program yang agak lama di internet iaitu bermula tahun 2000 hingga sekarang, 2008.





Apa yang perlu dibuat disini ialah membaca email yang dihantar dan mengisi borang yang diberikan atau menyertai program yang dihantar melalui email. Setiap hari lebih kurang 3 email akan dihantar bernilai antara USD 0.50 hingga USD 3.00.



Pada permulaannya, anda akan menerima signup bonus bernilai USD 5.00 dan apabila ia terkumpul sehingga USD 30.00 anda sudah boleh meminta bayaran tersebut dan secara automatik anda akan menjadi GOLD MEMBER (tidak ada bayaran dikenakan).


Selain membaca email, terdapat 6 bahagian lain yang ditawarkan kepada kita, iaitu Cash Offers, Cash Surveys, Cash Games, Cash Shopping, Insurance Center dan Refferal Center.





Setiap satu bahagian ini akan saya terangkan dengan lebih jelas dalam bahagian FOKUS 2(b) nanti. Jika anda berminat bolehlah menyertainya dengan mengklik banner ini.






FOKUS 1(e): Apakah nilai 1 share dalam EyeEarn.com?

1 share dalam EyeEarn.com adalah diterangkan seperti berikut:

Ambil satu contoh, katakan dalam bulan ini terdapat 100 000 perserta baru yang mendaftar dalam SFI Marketing. Dan pada masa yang sama, 10 000 orang memilih EyeEarn.com sebagai fokus (belum upgrade sebagai EA - layak menerima 1 share). Jadi baki 90 000 peserta baru ini akan dibahagikan antara affiliate sebagai downlinenya. Ini bermakna seorang member EyeEarn.com akan menerima 9 downline.


Di MaxMalls.com pula, katakan jualan bulanan yang berjaya dikumpulkan ialah $100 000 dalam CV (Commission Volume). Jadi 80% iaitu $80 000 akan dibahagikan antara 10 000 orang affiliate EyeEarn.com. Jadi setiap affiliate akan layak untuk menerima $8.


Jadi untuk bulan ini, 1 share adalah bernilai $5 dan 9 downline. Jika anda masih ingin mendapatkan lebih pendapatan, ini lebih baik dan amat digalakkan.


INGAT.. Jika anda mensponsor sendiri downline anda, downline tersebut tidak akan diberikan kepada orang lain. Downline yang dimaksudkan disini adalah downline yang mendaftar terus tanpa melalui kempen atau mengklik banner kempen orang tertentu.

TAPI .. walaupun anda duduk diam dan mendapat downline.. kita digalakkan untuk sama-sama berkempen tentang EyeEarn.com kerana kita harus ingat bahawa tujuan utamanya disini adalah kerjasama daripada jaringan (network) yang besar.


Isnin, 13 Oktober 2008

FOCUS 1 (d): Sentiasa Aktifkan Akaun EyeEarn Anda Pada 5 hari terakhir setiap Bulan.

INGAT!! Untuk layak mendapat komisen, sentiasa aktifkan semula akaun anda pada 5 hari terakhir setiap bulan (sekitar 25 hingga 30 haribulan setiap bulan). Jika tidak anda tidak akan dapat menikmati bonus yang dijanjikan.

Untuk mula menikmati bonus juga anda diharuskan untuk membeli starter kit yang berharga USD20. Ini adalah pelaburan yang kecil berbanding pulangan yang lebih besar suatu ketika nanti. Jangan risau.. kerana ketika saya menulis artikel ini, saya sudah pun menerima komisen untuk bulan September sebanyak USD9.14 yang mana komisen ini hanya berdasarkan kepada 1 share sahaja sewaktu saya masih lagi tidak mempunyai starter kit.



Jadi jangan lupa para affiliate, aktifkan akaun anda pada 5 hari terakhir setiap bulan dan pastinya anda tidak menyesal kerana dalam EyeEarn.com, lebih 8000 orang akan mendaftar setiap minggu. Oleh itu komisennya pasti ada untuk setiap orang.

Sekiranya ada masalah dengan pengesahan gambar, hubungi saya untuk mendapatkan stiker EyeEarn secara percuma.. Tetapi saya hanya mempunyai dua stiker sahaja sebab satu telah pun saya guna untuk kereta sendiri.

Buat pengetahuan semua affilliate EyeEarn.com juga, saya telah pun meng"upgrade" akaun saya kepada Executive Affiliate untuk mendapatkan lebih share untuk komisen yang lebih banyak. Anda pun boleh buat perkara yang sama apabila anda sudah yakin dengan EyeEarn.com atau SFI Markerting.

Yang saya agak pasti bulan depan saya akan menerima sekitar USD27++ untuk 3 share yang saya ada setakat ini. Ingat.. kita maju pelan-pelan supaya bila jatuh tidak terlalu sakit. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah.. apa sahaja masalah hubungi saya dalam laman blog ini supaya apa saja pertanyaan atau kekusutan yang ada dalam kepala anda dapat dileraikan.


FOCUS 1(c): Pengesahan untuk Program EyeEarn.com


Saya telah pun menerima bungkusan EyeEarn.com yang bernilai USD20. Dalam bungkusan tersebut ada tiga stiker kereta EyeEarn.com, 100 keping kad promosi, 1 T-shirt EyeEarn.com, 1 manual panduan EyeEarn.com dan 10 keping pelekat (untuk buku dll).

Selepas menerima bungkusan ini, saya telah pun memuatnaik gambar ke laman web EyeEarn.com. Ini adalah gambar yang telah saya uploadkan.

Tidak ada masalah untuk saya kongsikan ini semua kerana saya juga menerima komisen dari EyeEarn.com.

Setelah gambar diuploadkan, pengesahan akan diterima lebih kurang dalam 1 hingg 2 hari bekerja. Kenapa pengesahan ini penting? Sebab tanpa pengesahan anda tidak akan mula mendapat komisen jika tidak ada pengesahan. Tetapi EyeEarn.com juga memberikan pilihan iaitu dengan membeli "share" EyeEarn.com pada nilai USD35 setiap satu.

Satu lagi sebab mengapa pengesahan gambar ini perlu ialah EyeEarn.com cuba untuk memastikan bahawa setiap affiliate bertindak mengiklankan Program EyeEarn.com dan bukan hanya membeli starter kit EyeEarn.com tanpa memasang sticker. Mereka berasa ini tidak adil untuk semua affiliate.



Selasa, 7 Oktober 2008

FOKUS 1(b): Pemberian Upah/Komisen Dalam EyeEarn.com

Terdapat dua komponen dalam pelan upah EyeEarn.com:


1. Ahli yang aktif* secara automatik akan menerima “1 share” daripada jumlah MaxMalls Sales Pool. MaxMalls Sales Pool ialah sebanyak 80% daripada jumlah keuntungan SFI yang diterima daripada jualan di MaxMalls.com. 10% akan digunakan oleh SFI untuk pengurusan dan 10% akan didermakan kepada Save The Children. Jadi lebih banyak jualan MaxMalls.com lebih banyak nilai “1 share” tersebut.

2. Ahli yang aktif* juga akan menerima “1 share” lagi apabila ada orang yang menyertai pelan EyeEarn.com dibawah anda. Anda akan direkod sebagai sponsor dan dan layak untuk menerima semua kelebihan dan komisen sebagai sponsor. Ini termasuklah Executive Match Commissions dan unlimited Team Match Commissions (Lihat Network Builder Program compensation plan untuk maklumat lanjut).


* Pengaktifan boleh dilakukan dalam ruangan focus EyeEarn.com. Borang pengaktifan akan diberikan dalam 5 hari terakhir setiap bulan.


Untuk setiap affiliate EyeEarn yang disponsor oleh anda, anda layak untuk menerima:
- Merchant Services Override Commissions
- TuneFlow Override Commissions
- NiceOffers Merchant Override Commissions
- NiceOffers Fundraisers Override Commissions


Anda boleh meningkatkan pendapatan EyeEarn anda dengan menambahkan “share” anda melalui beberapa cara berikut:


  • Menjadi Executive Affiliates (EA) secara automatik menerima satu tambahan “share”. (Jumlah 2 “share”).
  • Executive Affiliates dengan minimum 10 SVP Standing Order secara automatic menerima satu lagi “share” (Jumlah 3 “share”).
  • Upgrade kepada Bronze Team Leaders* (BTL) secara automatic menerima 2 “share” lagi.(Jumlah 5 “Share”).
  • “Share” tambahan boleh diperolehi melalui pembelian barangan berdasarkan kepada SVP anda. Iaitu untuk setiap 10 SVP selain 10 SVP yang melayakkan anda sebagai EA, anda akan menerima 1 “share” percuma. Contohnya: Dengan membeli atau menjual 30 SVP mana-mana produk SFI anda akan ada lebih 20 SVP maka anda layak menerima 2 “share” tambahan lagi.
  • Loyalty Bonus Shares – Untuk 12 bulan berturutan (setahun) anda menjadi EA atau ke atas, anda akan layak menerima 1 “share” percuma. EA selama 12 bulan = 1 “share”, 24 bulan = 2 “share” dan seterusnya dimana pada 60 bulan anda akan mendapat 5 “share” (maximum).



Komisen dari Powerline?


Untuk setiap pembelian oleh powerline dibawah anda, 45% dari pada jumlah keseluruhan komisen CV (tidak termasuk retail sales commission diterima oleh penjual) is put into Executive Bonus Pool. Jika anda seorang EA, bahagian anda adalah jumlah CV bahagi dengan bilangan EA dibawah anda dalam Powerline. Biasanya dalam bulan pertama anda hanya akan mendapat diatas USD 9. Tetapi apabila Powerline anda semakin membesar, akan ada lebih banyak jualan setiap bulan, jumlah ini akan bertambah. Dalam perkataan lain, semakin besar SFI, semakin banyak komisen yang akan anda dapat.



Bila masa pembayarannya?


Komisen akan diproses pada 10hb setiap bulan atau labih awal sekiranya 10hb jatuh pada hari cuti atau hujung minggu).


SFI Cash Cards akan dikreditkan secara automatic dalam masa beberapa jam selepas komisen diproses. Cek pula akan dihantar pada 15hb setiap bulan. Jika anda menggunakan Pay Pal, komisen akan dimasukkan pada 15hb dan jumlah tersebut akan dapat dilihat dalam masa tiga hari bekerja daripada tarikh pembayaran komisen. Jika 15hb jatuh pada hujung minggu atau hari cuti, pemindahan komisen akan dilakukan pada hari bekerja seterusnya..



Laporan komisen boleh dirujuk di:

https://www.sfimg.com/MyAccount/CommissionsIndex.sfi.




Isnin, 6 Oktober 2008

FOCUS 1(a): EyeEarn.com (Kategori: Affiliate)


Program affiliate ini menggunakan konsep yang agak mudah diterima dan mudah dijalankan. Saya baru sahaja menyertai program ini pada bulan lalu dan pada masa ini saya mempunyai seramai 40000++ downline dalam Powerline.

Semestinya ada sedikit komisen daripada downline ini. Tapi berapa? Sehingga kini saya masih belum menerima sebarang komisen dan saya masih menunggu.

Saya akan memberikan anda perkembangan terbaru mengenai program ini.

Antara yang telah saya lakukan dalam tempoh sebulan ini ialah mendaftar secara percuma kemudian upgrad kepada Executive Affiliate dalam masa seminggu setelah berfikir panjang. Apa yang membuatkan saya tertarik adalah pelannya yang agak mudah dan mudah diterima oleh akal.

Saya telah pun membuka akaun Pay Pal untuk memudahkan urusan transaksi kewangan dalam USD di internet.

Sekiranya anda berminat untuk program ini, sila baca bahagian kedua.. FOKUS 1(b).

PEMILIHAN FOKUS ANDA

Kepada mereka yang bekerja makan gaji, anda biasanya akan bekerja 8 jam dalam sehari. Iaitu jumlahnya ialah 40 jam seminggu. Sekiranya anda mempunyai kerja sampingan yang lain yang memerlukan anda memberikan komitmen selama 6 jam misalnya.. anda telah memperuntukkan selama 46 jam seminggu untuk bekerja. Ini pekerjaan OFFLINE.

Sekiranya anda mahu memperuntukkan masa untuk bekerja diinternet, berapakah masa yang anda sanggup berikan?


  • 1 jam, 2 jam, 4 jam @ Full Time??

Berapakah pendapatan yang ingin anda dapat dalam seminggu atau sebulan?



  • USD 10, USD 20, USD 30 atau USD100.

Semua perkara ini harus kita pertimbangkan dengan baik supaya kita sentiasa fokus kepada matlamat yang ingin kita capai.


Untuk program PTC atau PTR, masa yang diperlukan biasanya dalam lingkungan 15 - 30 minit untuk setiap program dengan pendapatan sekitar USD 0.10 - USD 0.20 sehari.


Sekiranya anda memperuntukkan 1-2 jam sehari untuk program jenis PTC dan PTR, anda boleh menjana sebanyak Usd 0.20 - USD 0.80 sehari. Maksudnya dalam sebulan anda dapat USD 6 - USD 24. Jumlah ini boleh bertambah apabila anda mula mendapat referral. INGAT, tidak semua program PTC dan PTR akan membayar pada jumlah yang rendah. Ada yang membayar pada USD 50 yang memang agak lama untuk dicapai. Oleh itu pilihlah program PTC dan PTR yang membayar pada jumlah yang rendah iaitu sekitar USD 1 - USD 5.


Tapi anda harus ingat bahawa jangan memfokuskan kepada lebih daripada 4 program kerana sikap terburu-buru seperti ini akan mengakibatkan anda masa dan tenaga yang lebih banyak. Satu lagi anda mungkin akan kecewa dan menjadi pening - percayalah saya sudah mengalaminya.


Selain itu anda juga perlu ada sekurang-kurangnya satu program affiliate untuk dipromosikan. Ini adalah kerana program affiliate dapat memberikan pulangan yang lebih baik berbanding PTC dan PTR. Promosikan referral link anda dengan menggunakan beberapa cara yang sudah dijelaskan dalam artikel sebelum ini (promosi).


Tulis blog jika anda berminat dan anda juga boleh membuka laman web untuk mempromosikan referral link dan masukkan juga google adsense anda.


FOKUS KEPADA PROGRAM YANG DIPILIH

Dalam artikel sebelum ini, saya lebih memberikan tip secara umum tanpa memfokuskan dengan lebih terperinci kepada program yang sedang dan telah saya ikuti.


Mencari pendapatan diinternet tidaklah terlalu mudah seperti yang biasa diwar-warkan oleh sesetengah pihak yang mempromosikan program mereka. Kita tahu bahawa tiada kerja yang boleh mendatangkan keuntungan yang banyak tanpa usaha yang gigih dan fokus terhadap sesuatu yang dilakukan.


INGAT:


  1. Jangan terlalu gopoh untuk mendapat keuntungan.

  2. Semua program yang percuma biasanya hanya akan membayar anda apabila mencapai suatu tahap secara bulanan.

  3. Apabila anda upgrade akaun anda, barulah boleh mendapat keistimewaan bayaran harian atau mingguan.

Pada mulanya, saya juga seperti anda semua - berasa bersemangat, yakin dan agak terburu-buru sehingga pengurusan masa terabai. Satu lagi.. anda akan mulai bosan dan semangat yang mulanya membara akan mulai padam.


[INGAT : Tiada program yang boleh memberikan wang yang banyak dalam sekelip mata kecuali program cepat kaya]


Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah fokus adalah sangat penting dan tidak perlu terlalu banyak program yang disertai semata-mata untuk mengejar komisen yang diberikan.

Isnin, 22 September 2008

MEMBUAT DUIT DENGAN MENJUAL PHOTO ATAU GRAFIK SECARA ONLINE

Jika anda mempunyai minat untuk mengambil gambar tidak kira apa juga gambar, anda bolehlah mendaftar dengan Shutterstock.com.


Dalam Shutterstock.com terdapat 3 pilihan untuk mendapatkan bayaran.


Pilihan

Bayaran

Link / Sambungan

Refer photographer

$0.03 per download

Submit Photos to Shutterstock and make $$$!

Refer photo buyers

20 % daripada yuran keahlian yang dibeli oleh mereka

Download unlimited stock photos!

Refer footage (clip) submitters

10 % refferal commision jika clip referral anda dijual

Submit Footage Clips to Shutterstock and make $$$!


Syarat yang ketat harus dipatuhi dalam laman web ini iaitu, gambar yang diambil mestilah hasil idea sendiri maksudnya asli dari tangan anda dan bukan yang diambil daripada orang lain. Gambar yang mudah untuk diuruskan adalah gambar benda bukan hidup seperti gambar buah-buahan, makanan, serangga, bunga dan kejadian alam yang tidak melibatkan penglibatan orang perseorangan kecuali diri sendiri.

Sekiranya terdapat orang, logo, nama kedai atau apa-apa hasil kerja orang lain (patung, lukisan, landskap) yang terlibat dalam gambar anda, anda dimestikan untuk mendapatkan tandatangan perlepasan untuk sebarang royalti menggunakan borang yang ada disediakan dalam laman web ini.



SATU lagi yang penting ialah anda akan diminta untuk menghantar salinan pasport anda (hanya pasport sahaja yang diterima) untuk tujuan keselamatan gambar. Sekiranya bahagian ini tidak dilengkapkan, anda masih belum boleh menghantar gambar atau footage (clip video) tetapi sudah boleh menikmati bayaran untuk setiap referral.



Ini adalah gambaran secara ringkas tentang laman web ini. Anda boleh lah mendaftar dengan mengklik banner dibawah dan syarat-syarat boleh dibaca dibahagian SUBMITTER GUIDELINES.


Ahad, 21 September 2008

PROMOSI DAN TERUS PROMOSI

Promosi referral link anda supaya terus diklik. Jangan berhenti.. Teruskan mempromosi kerana inilah langkah terpenting dalam mencari pendapatan di internet. Saya sehingga sekarang ini pun terus mempromosi referral link supaya lebih banyak orang akan terus mendapat ilmu dan terus membantu kita untuk maju.


Tidak perlu risau tentang apa yang orang dapat dari kita kerana jika itu yang bermain dikepala anda, satu benda pun tidak akan menjadi. Jadi teruskan mempromosi refferal link anda.


Seperti yang telah saya cadangkan sebelum ini, mempromosi di laman web bukanlah pilihan utama kerana ada tempat lain yang boleh anda mempromosi. Antaranya ialah forum atau kelab. Ini adalah tempat yang paling aktif dan anda juga boleh menyertai perbincangan dengan membincangkan topic forum dengan menyelitkan referral link anda.


Semoga berjaya dan teruskan usaha anda. Jumpa lagi.

PROGRAM AFFILIATE (Maklumat lain yang perlu diketahui)

Dalam artikel yang lepas, saya tidak menjelaskan sepenuhnya apa itu Program Affiliate. Program affiliate dalam bahasa yang lebih mudah adalah kita mendapat bayaran apabila kita berjaya untuk menarik orang lain membeli barangan produk yang disediakan oleh syarikat tersebut. Contohnya ialah syarikat Pahaikans menjual kad reload dan mereka perlu untuk membuat jualan produk. Jadi program seperti ini diwujudkan untuk membantu menaikkan peratus jualan syarikat. Biasanya mereka akan membayar sekitar 10% kepada kita jika orang yang kita hantar ke laman web mereka membeli produk mereka.


Cuma konsepnya agak berat sebelah dimana syarikat akan mendapat 90% jualan berbanding anda yang hanya mendapat 10%. Tetapi anda tidak perlu risau kerana anda tidak perlu menyediakan produk dan anda tidak perlu menguruskan proses penghantaran produk. Yang anda perlu buat ialah mempromosikan produk sahaja.


Dalam artikel yang lepas juga, saya tidak menjelaskan sepenuhnya tentang referral link. Referral link ialah satu link/pautan yang dapat menunjukkan bahawa anda yang membawa seseorang itu masuk ke laman web mereka. Referral link biasanya akan diwujudkan setelah anda mendaftar kedalam program syarikat. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah betul kerana pembayaran cek akan dilakukan mengikut maklumat yang anda masukkan. Setelah lengkap proses pendaftaran, referral link akan dihantar terus ke e-mail anda atau didapati daripada laman web syarikat.


Menghantar referral link kepada kawan atau kenalan sebenarnya tidak mencukupi untuk mendapat bayaran yang tinggi. Terdapat beberapa pilihan strategi yang boleh digunakan untuk tujuan ini.


  • Laman web – Anda boleh membuka laman web anda, samaada yang percuma atau yang berbayar. Yang penting laman web anda mesti mempunyai konsep yang berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan. Contohnya laman web berkaitan sukan tidak sesuai untuk menceritakan tentang cara mencari wang diinternet. Idea yang bernas pasti dapat menarik perhatian para pelawat laman web anda. [Laman web percuma ada ditawarkan di www.freewebs.com – sama seperti laman web yang saya gunakan sekarang ini]
  • PPC (Pay Per Click) – Program ini memerlukan anda untuk mengeluarkan sedikit wang bagi tujuan iklan. Banyak syarikat yang menawarkan program ini contohnya Google Adwords. Anda boleh membida berapa sen yang kita sanggup bayar untuk setiap klik ke laman web kita. Mengikut pengalaman saya, Google Adwords menawarkan harga serendah RM60.00 iaitu RM2.00 sehari dan mampu menarik pelawat / pelanggan kedalam laman web kita.
  • E-book – E-book biasanya adalah dalam format pdf. Anda boleh menaip dalam microsoft word dan menukarkannya ke format pdf menggunakan software tertentu. Dalam e-book anda bolehlah dimuatkan tajuk e-book, maklumat-maklumat yang hendak disampaikan dan juga link kepada program affiliate anda. Untuk memudahkan penyebaran e-book, berikan secara percuma kepada pelawat laman web atau kenalan anda dalam mana-mana program kenalan seperti yahoo@groups, google@groups, forum, dan lain-lain program yang berkaitan dengan produk anda.
  • Iklan – Anda juga boleh memasang banner iklan anda dimana-mana laman web yang mempunyai pelawat yang ramai. Biasanya bayaran akan dikenakan tetapi ini adalah salah satu cara untuk menarik pelanggan masuk kedalam laman web anda dan mula mengklik link yang anda sediakan.
  • Menulis blog – Menulis blog adalah satu trend masakini yang nampaknya semakin diminati ramai. Sekiranya anda ada topic yang hendak dibincangkan dan berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan, anda bolehlah membuka laman web blog anda dan memasukkan referral link anda di sana. Anda boleh mendaftar di WordPress.com or Blogger.com yang menyediakan perkhidmatan blog yang percuma.


Antara Penyedia Program Affiliate yang Popular

My Affiliate Program http://www.myaffiliateprogram.com

Commission Junction http://www.cj.com


Antara direktori yang boleh anda sertai

http://www.affiliateguide.com/

http://www.becomeanaffiliate.com/

http://www.internet-affiliate-programs.com/

http://www.affiliate-programs-directory.com/

http://www.affiliatematch.com/

http://www.sponsordirectory.com/

[Sekiranya saya ada strategi lain yang berkesan, saya akan masukkan dan dikemaskinikan kemudian].

MEMBUAT DUIT DENGAN MENULIS

Menulis cerita, pengalaman atau pebincangan tentang sesuatu yang anda minat sebenarnya tidak susah kerana anda sememangnya mempunyai idea untuk melakukannya. Anda tidak perlu menjadi seorang ahli bahasa untuk menulis kerana komputer boleh membetulkan ejaan anda. Yang penting anda mempunyai keyakinan yang anda boleh melakukannya.


Pada permulaannya, mungkin akan ada sedikit kesukaran bila mencari idea utama untuk memulakan penulisan anda. Anda tidak perlu risau kerana terlalu banyak topic yang boleh ditulis dan yang penting apabila orang lain melihat artikel anda, mereka boleh memberikan komen atau pun idea lain. Dalam erti kata lain ianya boleh menarik minat orang. Setelah itu, pasti semuanya akan berjalan lancar.


Terdapat beberapa laman web yang anda boleh hantarkan artikel anda dan kalau boleh luangkan masa untuk menulis sekurang-kurangnya satu atau dua artikel dalam sehari. Penulisan anda tidak perlu terlalu hebat sehingga orang yang biasa tidak dapat memahaminya.. Cukup sekadar perkataan yang mudah difahami dan lebih hebat jika mereka dapat merasai perasaan atau menghayati cerita atau perbincangan yang hendak kita ketengahkan.


Artikel dalam bahasa Inggeris boleh dihantar ke EzineArticles.com, ArticleCity.com atau ArticleDashboard.com. Artikel bahasa Melayu juga boleh dihantar ke sini.


Selain dari itu anda boleh menyertai MyLot.com yang kebanyakannya menghantar pendapat, pengalaman atau cerita yang boleh dikongsi bersama dan dibincang. Pendapatan masuk apabila tajuk anda mendapat perhatian ramai. Setiap komen atau respond yang diberikan terhadap tajuk anda akan memberikan anda sebanyak USD0.01 dan setiap komen yang anda berikan kepada orang lain juga dibayar kadar yang sama. Komen biasanya akan terus masuk dan pastikan anda mampunyai masa untuk membalas respond mereka. MyLot.com juga menyediakan program affiliatenya. Anda boleh mendapat sekitar USD50 sebulan dengan menghantar 3 – 4 topik sehari dengan purata 20 responden untuk setiap topik. Masa yang dicadangkan untuk program ini ialah 1 hingga 2 jam sehari sahaja.




MEMBUAT DUIT DENGAN MEMBACA IKLAN

Membaca iklan adalah kerja yang biasa kita lakukan di mana saja kita berada sekiranya kita berada dikawasan bandar. Papan iklan, banner dan risalah adalah cara pengiklanan yang biasa dilakukan. Tujuannya satu iaitu untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tertentu.


Kita akan samaada terpengaruh atau tidak, terpulang kepada cara mereka mempromosikan barangan mereka itu. Bezanya kita tidak mendapat apa-apa bayaran, mungkin sedikit pengetahuan tentang barangan terbaru dipasaran.


Di internet, paid to read ads atau PTR ialah salah satu lagi cara untuk mendapatkan bayaran. Bayarannya agak sedikit tetapi tugasnya agak mudah iaitu mengklik laman web yang diiklankan untuk sekitar 15 – 60 saat bagi setiap website. Untuk iklan selama 15 - 30 saat, bayaran yang diberikan adalah sekitar USD 0.01 – 0.02 sahaja manakala iklan selama 60 saat ialah sekitar USD 0.03 – 0.05. Dalam masa sejam kita akan mampu mengumpul sebanyak USD 3.00 atau lebih kuran RM10.


Jika kita meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk membaca iklan sahaja, kita boleh mengumpul lebih kurang RM30 atau lebih. Dalam masa sebulan kita boleh mendapat sekitar RM900 ringgit. (Pengiraan ini hanya untuk 3 jam sehari)


Antara laman web yang menawarkan program ini dengan mendaftar percuma ialah Moneymails.biz dan Clix sense.com.



Di Clix Sense.com, anda mungkin bernasib baik untuk mendapat USD5 dalam satu klik kerana mereka menyediakan suatu gambar yang mempunyai link/pautan tertentu yang membolehkan anda mengklik laman web yang menawarkan USD5 tersebut. Peserta program yang mendaftar secara percuma hanya mendapat 20 klik manakala peserta Premium Membership mendapat 50 klik. Kemudahan / Keistimewaan lain untuk peserta Premium Membership ada dijelaskan dalam laman web ini.


Anda boleh mencuba dulu program ini dan lihat samaada ia sesuai kerana membaca iklan bukanlah suatu aktiviti yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi 3 jam sehari. Tapi ini cuma komen saya, mana tau anda sesuai dengan program sebegini.


INGAT! MASA ITU EMAS.


Program PTR ini juga menyediakan program affiliate mereka untuk sesiapa yang berminat untuk mempromosikan laman web mereka. Di moneymails.biz, mereka menawarkan hadiah kepada mana-mana referrer yang berjaya membawa peserta masuk dan mendaftar secara percuma kedalam program mereka. Untuk program affiliate ini sila rujuk artikel saya yang bertajuk PROGRAM AFFILIATES.

MEMBUAT DUIT DENGAN MENJAWAB SOAL SELIDIK BERBAYAR (PAID ONLINE SURVEY)

Menjawab soal selidik (survey) dan dibayar adalah salah satu lagi cara untuk mendapatkan duit di internet. Terdapat banyak laman web yang menawarkan aktiviti ini tetapi sila pastikan bahawa laman web yang anda pilih menawarkan bayaran yang tinggi. Ini adalah kerana untuk menjawab satu soal selidik, ianya boleh mengambil masa yang lama iaitu sekitar 15 hingga 30 minit untuk disiapkan.


Ingat MASA ITU EMAS.


Antara laman web yang boleh disertai untuk tujuan ini ialah AW Surveys.com dan GlobalTestMarket.com. Dua laman web ini mempunyai beberapa perbezaan. Antaranya ialah AW Surveys.com memberikan nilai wang untuk setiap survey yang anda jawab tetapi GlobalTestMarket.com pula memberikan marketpoint.


Di AW Surveys.com anda akan terus mendapat USD28 dan hanya boleh dituntut apabila mencapai USD75 manakala di GlobalTestMarket.com pula marketpoint hanya boleh dituntut apabila mencapai 1000 marketpoint bersamaan dengan USD50.


Anda akan dihantar satu soal selidik setiap hari yang bernilai antara 5-50 marketpoints. AW Survey pula jarang menghantar survey tetapi dengan medaftarkan orang melalui link anda anda boleh mendapat USD1.25 untuk setiap orang yang mendaftar dibawah anda. Yang pasti dalam sebulan anda boleh mendapat paling kurang USD125 (Lebih kurang RM400) dari dua laman web ini.


Jika anda mahu mendapat lebih banyak pendapatan, anda boleh mengakses laman web yang lain hanya dengan menaip Paid Online Surveys di Pahaikan.webs.com homepage dan search.


Bagi peserta yang baru ingin memulakan langkah mencari pendapatan di internet, saya amat mencadangkan program menjawab soalselidik ini kerana ianya agak mudah difahami dan bayarannya agak lumayan (tiada kos terlibat kecuali talian internet).


Tetapi anda harus ingat bahawa cara pembayaran adalah penting. Jadi, sila pastikan bahawa ia membayar secara cek dan Malaysia termasuk didalam senarai negara yang boleh didaftar.


MEMBUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATES

Kebanyakan program seperti ini sebenarnya adalah percuma tetapi beberapa laman web mengenakan bayaran kerana mereka ingin mendapatkan keuntungan maksimum daripada traffic atau pelanggan yang kita bawa kepada mereka.


Tugasnya mudah, iaitu menghantar referral link yang diberikan kepada kita kepada sesiapapun pengguna laman web yang kita tahu. Jika kenalan kita terlalu sedikit kita boleh menyertai kumpulan-kumpulan perbincangan dalam googlegroups, friendster, myyearbook.com dan lain-lain lagi dengan tujuan untuk menyebarkan referral link yang diberikan. Selain dari itu, kita juga boleh menge-mail terus kepada semua orang dalam address book kita.


Bayarannya akan diberikan apabila kita mencapai jumlah tertentu dan biasanya minimum bayaran keluar adalah USD50.


Jadi lebih banyak orang yang mengklik referral link anda, lebih banyak bayaran yang akan masuk.


Sekiranya anda dapat meluangkan masa sekitar 1 jam sehari didepan computer untuk tujuan ini, tidak mustahil anda boleh mendapat sekitar USD100 hingga USD500 sebulan.


Nanti dulu. Sabar.


Untuk memilih program affiliates yang sesuai sila rujuk latarbelakang syarikat atau laman web yang anda cuba untuk promosikan. Ini adalah kerana terdapat laman web yang hanya memberikan bayaran apabila anda membayar yuran permulaan dan juga hanya apabila anda telah mendapat referral yang telah mendaftar melalui anda. Untuk jenis laman web ini, anda kena banyak bersabar kerana tidak semua orang akan mengeluarkan duit bagi sesuatu yang belum pasti.


Oleh itu saya mencadangkan program affiliate SFI Marketing dibawah program EyeEarn.com atau IAHBE.com. Untuk pengetahuan pembaca pada masa saya menulis artikel ini, saya telah pun mempunyai sebanyak 19254 downline dalam powerline yang telah disediakan. Ini autodownline dan kita mendapat bayaran dari setiap autodownline kita yang menyertai program ini.


Untuk mengakses program ini sila klik Pahaikans Link dan lihat program EyeEarn.com atau IAHBE.com program. Untuk mencari program yang lain silalah taip money making tips di Pahaikan.webs.com homepage dan cari.


EyeEarn.com
IAHBE.org

SELAMAT DATANG KE DUNIA MEMBUAT DUIT DARI INTERNET

Di dalam Internet, banyak pilihan untuk membuat duit. Tanya diri sendiri: Mahu yang banyak atau yang sederhana atau yang sedikit.


Mengikut pengalaman saya selama berkecimpung dalam perniagaan/pekerjaan dalam internet, terdapat program yang sememangnya akan menghasilkan wang. Ini didorong oleh pelanggan-pelanggan Internet yang pelbagai dan mereka menggemari perkara yang berbeza.


Terdapat banyak jenis program yang ditawarkan iaitu program menjawab survey, online games berbayar, program affiliates, menulis artikel, menjual photo / hasil kerja seni dan juga program MLM. Ada program yang memerlukan kita untuk membayar sejumlah wang sebelum bermula dan ada juga program yang tidak mengenakan sebarang bayaran.


Di sini saya mengutamakan program yang memberikan pulangan tanpa mengenakan sebarang bayaran (Program yang boleh disertai secara percuma.. Ingat PERCUMA). Setakat ini, mengikut bayaran yang telah diterima, saya boleh meletakan program affiliate sebagai program yang memberikan bayaran paling tinggi diikuti oleh program menjawab servay dan online games berbayar.


Saya akan berkongsi kepada para pembaca semua satu persatu program yang saya sedang ikuti dan bagaimana mereka membayar kepada kita apabila kita mencapai suatu nilai tertentu.

BEKERJA DARI RUMAH SUATU YANG MENGUNTUNGKAN

Tempat yang paling selesa untuk membuat duit adalah dari rumah. Kita sendiri yang menjadi bos atau taukeh. Masa kerja pun kita yang tentukan. Maksudnya kerja ikut suka. Tetapi masalahnya untuk mendapat keuntungan yang besar, kita mesti mempunyai modal yang besar.


Dulu ini mungkin menjadi satu gangguan untuk memulakan sesuatu perniagaan atau pekerjaan. Sekarang, ini bukanlah masalah yang besar kerana ada alternatif lain untuk memulakan perniagaan atau pekerjaan dari rumah dan sememangnya menguntungkan dan yang paling penting ianya memerlukan kos yang sangat rendah.


Jawapannya: INTERNET.