Tip Percuma Membuat Duit Di Internet

Ahad, 21 September 2008

MEMBUAT DUIT DENGAN MEMBACA IKLAN

Membaca iklan adalah kerja yang biasa kita lakukan di mana saja kita berada sekiranya kita berada dikawasan bandar. Papan iklan, banner dan risalah adalah cara pengiklanan yang biasa dilakukan. Tujuannya satu iaitu untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tertentu.


Kita akan samaada terpengaruh atau tidak, terpulang kepada cara mereka mempromosikan barangan mereka itu. Bezanya kita tidak mendapat apa-apa bayaran, mungkin sedikit pengetahuan tentang barangan terbaru dipasaran.


Di internet, paid to read ads atau PTR ialah salah satu lagi cara untuk mendapatkan bayaran. Bayarannya agak sedikit tetapi tugasnya agak mudah iaitu mengklik laman web yang diiklankan untuk sekitar 15 – 60 saat bagi setiap website. Untuk iklan selama 15 - 30 saat, bayaran yang diberikan adalah sekitar USD 0.01 – 0.02 sahaja manakala iklan selama 60 saat ialah sekitar USD 0.03 – 0.05. Dalam masa sejam kita akan mampu mengumpul sebanyak USD 3.00 atau lebih kuran RM10.


Jika kita meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk membaca iklan sahaja, kita boleh mengumpul lebih kurang RM30 atau lebih. Dalam masa sebulan kita boleh mendapat sekitar RM900 ringgit. (Pengiraan ini hanya untuk 3 jam sehari)


Antara laman web yang menawarkan program ini dengan mendaftar percuma ialah Moneymails.biz dan Clix sense.com.



Di Clix Sense.com, anda mungkin bernasib baik untuk mendapat USD5 dalam satu klik kerana mereka menyediakan suatu gambar yang mempunyai link/pautan tertentu yang membolehkan anda mengklik laman web yang menawarkan USD5 tersebut. Peserta program yang mendaftar secara percuma hanya mendapat 20 klik manakala peserta Premium Membership mendapat 50 klik. Kemudahan / Keistimewaan lain untuk peserta Premium Membership ada dijelaskan dalam laman web ini.


Anda boleh mencuba dulu program ini dan lihat samaada ia sesuai kerana membaca iklan bukanlah suatu aktiviti yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi 3 jam sehari. Tapi ini cuma komen saya, mana tau anda sesuai dengan program sebegini.


INGAT! MASA ITU EMAS.


Program PTR ini juga menyediakan program affiliate mereka untuk sesiapa yang berminat untuk mempromosikan laman web mereka. Di moneymails.biz, mereka menawarkan hadiah kepada mana-mana referrer yang berjaya membawa peserta masuk dan mendaftar secara percuma kedalam program mereka. Untuk program affiliate ini sila rujuk artikel saya yang bertajuk PROGRAM AFFILIATES.

Tiada ulasan: